Hak Istimewa Melayu – eroding by the day

I wonder if I have a house, rightfully mine but since it’s big and I like to share, I LENT  several rooms to others. These people instead of being grateful, has over the years steadily asking and demanding more rooms. They even decided that I SHOULD STAY IN THE PORCH OUTSIDE since apparently to them, I AM HOGGING MY HOUSE ALL TO MYSELF. What should I feel regarding this…? Hmmm.. read on… (Courtesy of Utusan Malaysia Online)

Kaji semula ekuiti bumiputera

PORT DICKSON 17 Feb. – Syarat 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor pengangkutan adalah sistem yang memundurkan.

Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat mencadangkan supaya syarat itu dikaji semula bagi memastikan sektor tersebut mampu mengharungi era globalisasi.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai pemimpin untuk mengingatkan orang ramai tentang kesan era globalisasi terhadap para pengusaha tempatan.

Beliau menegaskan, era syarikat tempatan bersaing sesama sendiri atau menerima perlindungan daripada pihak berkuasa semakin lenyap ditelan masa.

“Kita perlu tanya diri sendiri, setakat mana dan berapa pantas syarikat tempatan mampu membangun. Tiba masanya industri terutama sektor perkhidmatan bebas dan tidak terikat dengan sistem yang memundurkan itu (syarat ekuiti bumiputera).

“Saya tidak mahu orang ramai ada persepsi yang dibelenggu sistem kuota ini. Pembebasan sektor pengangkutan daripada sistem itu mampu mempengaruhi kebangkitan syarikat pengangkutan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam MCA Negeri Sembilan di sini malam tadi.

Tee Keat memberitahu, perbincangan antara pemimpin kerajaan perlu diadakan dalam usaha memansuhkan sistem yang dipercayai tidak berkesan itu.

“Kita mahu syarikat-syarikat pengangkutan tempatan melebarkan perusahaan sekali gus mampu bersaing di persada antarabangsa.

“Kita perlu provokatif menyampaikan mesej ini. Sebagai pemimpin, saya bimbang dengan keadaan ini. Saya maksudkan perniagaan,” jelasnya.

Menurut Tee Keat, kini masih ramai yang sibuk membicarakan tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kuota 30 peratus bumiputera dalam syarikat milik bukan bumiputera.

“Perlu ingat, kita terikat dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di bawah rangka kerja Asia.

“Jika ini (syarat ekuiti bumiputera) berterusan, ia akan membebankan syarikat tempatan bersaing dengan syarikat asing,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s