Hak Istimewa Melayu – Some good news

Referring to my earlier post, well at least the local council is taking care of MY HOUSE. Yup, with the current political situation where every tom, dick and harry politician scrambling for every piece of political mileage they can get their greedy grubby hands, it’s quite comforting somebody is looking after my fellow Malays who are involved in some kind of business.

I salute you Malay businessmen. I wished I was brave enough to venture into a business. Lacking the nerve and business acumen, I now draw a monthly salary from an organisation with the added benefits of headaches and sleepless nights. You know, being a part time clerk at UIA right now doesn’t so bad but of course I’m not secured. But hey, job security is a dead term as lifeless as the Latin language. Anyway read on… (Courtesy to and all rights reserved to Utusan Malaysia Online).

Jualan produk syarikat bumiputera cecah RM140j

PUTRAJAYA 17 Feb. – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjangkakan jumlah jualan produk syarikat bumiputera secara tunai dan kontrak melalui Program Pengiklanan Usahawan tahun ini mencecah kira-kira RM140 juta.

Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, jangkaan tersebut berdasarkan peningkatan penyertaan syarikat bumiputera dalam program itu dari 750 syarikat tahun lalu kepada 1,000 syarikat tahun ini.

”Pada tahun lalu, jumlah jualan semasa (tunai) adalah RM20 juta manakala jualan kontrak pula mencecah RM41 juta tetapi tahun ini ia dijangka meningkat berikutan peningkatan jumlah penyertaan syarikat bumiputera yang dijangka mencecah 1,000 buah.

”Pertambahan nilai jualan tersebut membolehkan para usahawan terbabit melahirkan sebanyak 1,500 usahawan baru berbanding 1,208 usahawan tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Pengiklanan Usahawan 2009 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Program tahunan sejak 2007 itu bermula hari ini sehingga 23 Februari ini dan ia memberi peluang kepada usahawan bumiputera mempromosikan produk mereka melalui media cetak dan elektronik.

Pihak kementerian menyediakan geran RM5 juta bagi melaksanakan program itu yang bertujuan meningkatkan aktiviti promosi produk bumiputera.

Noh memberitahu, sasaran utama pihak beliau dalam program itu adalah untuk memastikan produk tempatan bukan hanya dikenali tetapi juga mampu bersaing dengan produk import di pasaran tempatan.

”Ia sejajar dengan seruan kempen kerajaan kini yang mahu masyarakat negara ini membeli produk tempatan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, mulai tahun depan hanya syarikat bumiputera yang baru menyertai Program Pengiklanan Usahawan berpeluang menikmati bantuan kewangan sehingga 50 peratus.

”Cadangan itu wajar kerana sejak dua tahun program itu dilaksanakan, ia terbukti mampu membantu melariskan jualan produk syarikat bumiputera yang menyertainya,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s