HELP NEEDED!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

Alami tekanan setelah makan 78 pil sehari

KOTA BAHARU 17 Feb. – Seorang remaja yang menghidap penyakit saraf epilepsi dan ketiadaan tabung kalsium dalam badannya menghendaki dia memakan 78 biji pil setiap hari.

Akibat pengambilan pil begitu banyak, Nuralyaa Liyana Ibrahim, 19, dari Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, turut mengalami kesan sampingan seperti loya dan mual yang teruk selain tekanan psikologi.

Ibunya, Rokiah Bakar, 54, berkata, ubat-ubatan yang dibekalkan dan ditanggung sepenuhnya oleh Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini itu tidak mencukupi kerana Nuralyaa Liyana memerlukan bahan pemakanan khas yang terlalu mahal dan tidak termampu dibelinya.

“Anak saya bukan sahaja perlu makan ubat tetapi pemakanan khas dan saya terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi sehingga RM800 sebulan untuk memastikan bekalan makanan anak saya tidak terputus. Mujurlah kos perubatan Nuralyaa dibantu dan ditanggung sepenuhnya oleh HUSM,” katanya di sini hari ini.

Rokiah berkata, beliau terpaksa mencari ikhtiar untuk mendapatkan tajaan daripada mana-mana pihak bagi membekalkan makanan tambahan seperti susu, buah prun dan sup dalam tin kepada anaknya itu.

“Saya nak minta, kalau boleh bukan wang tetapi sumbangan untuk bekalan makanan untuk anak saya,” kata ibu tunggal tersebut.

Akibat ketiadaan tabung kalsium dalam badan mengakibatkan kandungan kalsium dalam badan Nuralyaa Liyana rendah dan turut menyebabkan penyakit saraf epilepsinya semakin serius.

Rokiah berkata, kaedah rawatan yang diperlukan kini adalah pengambilan makan yang berkalsium tinggi.

Disebabkan masalah itu, Nuralyaa Liyana dilihat kurang sempurna daripada segi fizikalnya dan dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Bagi meringankan bebanannya, Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan menyumbangkan bantuan am sebanyak RM120 setiap bulan.

Pegawai Kebajikan Masyarakat, Ruzaidi Che Soh ketika dihubungi berkata, pihaknya berjanji akan memberi sumbangan bantuan pesakit kronik sebanyak RM300 sebulan bermula bulan hadapan untuk membantu Rokiah dan anaknya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan atau sumbangan boleh menghubungi Rokiah Bakar di PT-1787, Taman Desa Kemumin, Jalan Padang Tembak, 16000 Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan. Nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Rokiah Bakar ialah 0310341000025071. – BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s