Hak Istimewa Melayu – Academics Say No to Abolishment of Malay Equity in Transportation Sector

This is an article from Utusan Malaysia Online in response of yesterday’s news.

I wish more Malays – academicians, politicians, NGOs and man on the street would stand up on this issue. I have to agree with our former PM that Malays should not only defend their rights, they must also counter demand. Absence of such is definite proof of yield to their demands if not agreeing to it.

More importantly, Malays should further strive forward to achieve success in this world WITH THE AIM OF SUCCEEDING IN THE HEREAFTER. As Muslims our life on earth is just a stepping stone to the greatness in the hereafter. Your toils and sacrifice in this world is meaningless if it isn’t used to BUY, SECURE AND PROCURE our safe passage to the hereafter and a rightful place in heaven. Come people, we have only two choices. We win over there or we win HERE AND THERE!

I’ll place my neck on the second choice. It sounds better any other way. Read on. (As usual, the following news article is courtesy of Utusan Malaysia Online)

Ahli ekonomi tidak setuju ekuiti bumiputera dimansuh

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Cadangan agar ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam sektor pengangkutan dimansuhkan disifatkan sebagai tidak relevan dan terburu-buru.

Presiden Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM), Datuk Dr. Mohd. Radzi Abdul Latif berkata, cadangan itu bukan jalan penyelesaian terbaik bagi meningkatkan daya saing sektor pengangkutan tempatan di peringkat antarabangsa.

Katanya, banyak pendekatan lain yang perlu diambil kira seperti kecekapan sistem pemasaran dan kelengkapan fasiliti bagi merancakkan sektor tersebut.

“Pemansuhan kerangka ekuiti bumiputera ini juga memerlukan satu kajian terperinci, persetujuan bersama dan diyakini boleh membawa kebaikan kepada ekonomi negara.

“Jika tidak, ia hanya menimbulkan pelbagai persepsi negatif dan mengeruhkan lagi perpaduan kaum kerana ia melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, cadangan pemansuhan sistem tersebut bertujuan untuk meningkatkan daya saing sektor tersebut bagi membolehkan pengusaha tempatan bersaing secara terbuka dalam suasana ekonomi liberal hari ini.

Dalam pada itu, pensyarah ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Baharuddin berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan sistem ekuiti bumiputera tersebut.

Katanya, ia adalah perjanjian dalam kontrak sosial dan hak-hak keistimewaan orang Melayu selepas berbincang dengan semua kaum pada suatu masa dahulu.

“Ia tidak boleh dipertikaikan, walaupun menjadikan isu cabaran globalisasi sebagai alasan bagi meningkatkan daya saing sektor pengangkutan negara hari ini.

“Lagipun tidak ada sebarang jaminan bahawa sektor pengangkutan boleh berkembang dengan rancak jika ia diliberalisasikan daripada sebarang perjanjian dengan ekuiti bumiputera,” katanya.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
Courtesy of Utusan Malaysia Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s