Article 11 of the FC – Read & Rest the Issue

Yesterday’s news.

Like the commercial product, the issue is CLEAN AND CLEAR. At least for now. For me, the issue which of paramount concern to Muslims, is the supremacy of Islamic laws. Regardless of the civil (secular) laws of the land, we as Muslims must at all times hold Islamic laws at least personal laws.

I see young Muslims yuppies returning from some oversea university after studying some degree unrelated to Islam, blabbing on the equality of laws, the supremacy of the Federal Constitution and blah blah blah. Forget about what the English law say as per freedom of religion. As long as we are Muslims, we are bound by the syariah forever. So don’t go justifying things that are against Islam with some English notion. It is irrelevant for God’s sake!

News Courtesy of Berita Harian Online.

Dewan Rakyat: Perkara 11(1) kekal bagi bendung gejala murtad

Laporan Ahmad Naim Tahir, Syuhada Choo Abdullah dan Norliza Wasilan
bhnews@bharian.com.my

Perlembagaan tak benar orang Islam keluar agama sesuka hati

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama kerana keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes Azlina Jailani atau Lina Joy menunjukkan seseorang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam sesuka hatinya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata jika kebebasan sedemikian diberikan akan wujud keadaan umat Islam yang huru hara dan menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Hak kebebasan beragama diperuntukkan dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsirkan begitu meluas sehingga meliputi hak kebebasan seorang Islam untuk memilih dan menukar agama pada bila-bila masa sesuka hatinya.

“Bagi orang Islam yang berhasrat keluar daripada agama Islam, dia perlu mendapatkan perintah atau pengisytiharan terlebih dulu daripada Mahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri,” katanya menjawab soalan Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) di Dewan Rakyat semalam.

Zulkifli bertanya sama ada kerajaan bercadang meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memperuntukkan bahawa setiap rakyat orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, termasuk menukar agamanya (kecuali bagi penganut agama Islam tertakluk kepada undang-undang dan Syariat Islam).

Nazri juga berkata, kerajaan tidak mempunyai halangan melaksanakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam mengikut Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan di Wilayah Persekutuan, sama seperti 10 negeri yang sudah menguatkuasakan enakmen itu.

Ketika ini enakmen berkenaan sudah diterima pakai di Terengganu, Kelantan, Selangor, Perak, Melaka, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Perlis.

“Saya tidak nampak halangan untuk kita mengadakan undang-undang ini di Wilayah Persekutuan. Insya-Allah, kita akan bentangkan rang undang-undang ini di Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan undang-undang negeri serta Persekutuan boleh digubal bagi mengawal atau menyekat pengembangan sebarang doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan umat Islam.

Nazri juga berkata, permohonan Lina Joy kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memadam perkataan Islam dalam kad pengenalannya ditolak kerana permohonan itu tidak sempurna tanpa perintah Mahkamah Syariah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s