Bahasa Melayu – The way forward or the otherwise? (2)

More of 23.2.2009’s news. Sheesh… just give me several days and there you go… lotsa things coming up. Time really marches on eh? Ok before you guys think of joining this demonstration, please read or watch the news ok? Probably the police will issue a permit, most probably not. So if no permit is given, I advise you all not to go. It’s an illegal gathering and you’re going to get into trouble. And definitely this is not an advertisement or notice of the gathering.

Perhimpunan di hadapan Istana Negara

JOHOR BAHRU 22 Feb. – Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMPPSMI) merancang untuk menghimpunkan 100,000 orang bagi menyertai perhimpunan raksasa membantah PPSMI di hadapan Istana Negara, Kuala Lumpur pada 7 Mac ini.

Naib Pengerusinya, Prof. Abdullah Hassan berkata, pihaknya bagaimanapun belum memperoleh permit untuk mengadakan perhimpunan secara aman itu yang bermula pukul 2 petang.

Justeru, kata beliau, pihaknya akan memaklumkan kepada polis untuk mendapatkan permit secepat mungkin bagi membolehkan perhimpunan yang turut disertai Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said itu diadakan.

“Tujuan kita mengadakan perhimpunan untuk membantah PPSMI yang jelas membelakangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

“Kita yakin perhimpunan ini akan berjalan secara aman, takkan pejuang bahasa seperti Datuk A. Samad Said akan melakukan demonstrasi secara ganas,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir ialah A. Samad Said selaku penasihat GMPPSMI dan penulis terkenal yang juga merupakan ahli jawatankuasa GMPPSMI, Ainon Mohd.

Abdullah berkata, pelaksanaan PPSMI merugikan berjuta-juta anak Melayu yang tidak memahami bahasa Inggeris dan pendidikan mereka akan tercicir.

Katanya, langkah melaksanakan PPSMI kononnya sebagai satu ‘paksaan’ supaya pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris adalah tidak tepat.

“Ia sama seperti jika kita hendak anak-anak bukan berbangsa Cina menguasai bahasa Mandarin dengan memaksa mereka menggunakan bahasa itu dalam pengajaran Sains dan Matematik, tentu tak masuk akal.

“Sepatutnya mutu, kaedah dan kemahiran pengajar dalam mengajar kelas bahasa Inggeris itu ditingkatkan, terutamanya di kawasan luar bandar,” katanya yang juga Pengarah Institut Peradaban Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Katanya, alasan PPSMI perlu dilaksanakan kerana buku-buku rujukan di institusi pengajian tinggi (IPT) kebanyakannya dalam bahasa Inggeris juga tidak tepat malah tidak menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

“Sepatutnya usaha dilakukan bagi memperbanyakkan lagi buku rujukan dalam bahasa Melayu bukannya menghapuskan bahasa itu sebagai bahasa ilmu.

“Setelah pelbagai usaha dilakukan, pendapat pakar-pakar dari pelbagai bidang seolah-olah tidak dipedulikan, maka kita akan mengadakan perhimpunan ini kerana ia membabitkan nasib jutaan anak Melayu di negara ini,” katanya.

Menurut Abdullah, kajian pakar dari seluruh dunia telah membuktikan bahawa pembelajaran Sains dan Matematik lebih mudah dikuasai jika diajar menerusi bahasa ibunda.

“Kita bimbang bahasa Inggeris pun nanti lemah dan pencapaian Sains dan Matematik anak-anak juga menurun,” katanya.

Beliau turut sangsi dengan keputusan pencapaian cemerlang subjek Sains dan Matematik pelajar-pelajar di negara ini kerana sejak PPSMI dilaksanakan, kerajaan tidak pernah mengumumkan berapa sebenarnya markah lulus untuk kedua-dua subjek itu.

“Apakah markah lulus menjadi terlalu rendah kerana terlalu ramai yang mencatat markah rendah?” soalnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s