Bahasa Melayu – The way forward or the otherwise?

23.2.09’s news. I must confess I haven’t followed the issue of teaching maths and science with English. Haven’t seen the reports and obviously ignorant of the justifications put forward by the proponents and opponents to the issue. One of these I hope to read more on this and probably put forward an informed opinion instead of  randomly shouting “Hancur! Hancur! PPSMI or Hidup PPSMI!” without even knowing what is going on. Someone can enlighten me in the meantime hehehe…

News Courtesy of Utusan Melayu Online.

PPSMI hina bahasa Melayu?

JOHOR BAHRU 22 Feb. – Pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dianggap menghina bahasa Melayu kerana tidak yakin dengan kemampuan bahasa itu untuk menguasai ilmu.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata, PPSMI direstui oleh kebanyakan ahli politik ‘bermusim’ dan bukannya negarawan yang mengetahui kepentingan bahasa ibunda.

“Saya menyertai Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) agak lewat juga namun tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangannya, mengapa kita meragui kemampuan bahasa sendiri?

“Perlu diingat tidak ada tamadun yang dibangunkan tanpa menggunakan bahasa ibundanya sendiri,” katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan perhimpunan raksaksa di Istana Negara Kuala Lumpur bagi membantah PPSMI di sini hari ini.

Perhimpunan itu akan diadakan bermula pukul 2 petang pada 7 Mac ini dan GMP menyasarkan 100,000 orang akan menyertai perhimpunan itu.

A. Samad yang juga merupakan penasihat GMP berkata, usaha membantah PPSMI telah dijalankan sejak bertahun-tahun lamanya dan bukan hanya dibangkitkan setelah enam tahun PPSMI dilaksanakan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Sejak sekian lama, kita berjuang namun mungkin orang ramai tidak nampak kerana ahli bahasa ini biasanya sopan dan sabar.

“Satu waktu dahulu, lebih daripada 60 profesor memberi pandangan menentang PPSMI namun tak didengar oleh pihak berwajib,” katanya.

Sementara itu, penulis terkenal, Ainon Mohd. sependapat tentang kepentingan bahasa ibunda kepada sesebuah negara untuk mencapai kemajuan.

“Sewaktu Rom menjajah Eropah, mereka memaksa orang Eropah menggunakan bahasa Latin dan sepanjang tempoh penjajahan itu Eropah berada dalam zaman kegelapan.

“Namun setelah pemberontakan berlaku, mereka bebas daripada penjajahan, dan menggunakan bahasa mereka sendiri sehingga Eropah muncul sebagai negara maju,” katanya.

Menurut beliau, kajian pakar dari seluruh dunia juga membuktikan bahawa subjek Sains dan Matematik lebih mudah dikuasai jika diajar menggunakan bahasa ibunda.

“Kita perlu melihat kembali bagaimana untuk meningkatkan lagi mutu, kaedah, pengajar dan semua aspek berkaitan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bahasa Inggeris.

“Konsep dalam Sains dan Matematik juga bukan bahasa pertuturan seharian yang membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s