Giving Malay Reserved Land some (face) value

23.2.2009 news.

The dilemma faced by Malay Reserved Land (MRL) owners is not new. Some say it’s an archaic law from the dark ages. If you ask me it’s very relevant piece of legislation formulated by forward thinking people to help the Malays brace the the capitalistic lures of of greedy and grubby companies as well as individuals. In Malaysia, policy problems are all related to the implementation weakness which is to be fair to the government, attributable to the private sector. These people in the private sector imagine all kinds of economic knick knacks to undermine affirmative action policies. In reality, there is always a way if one is really sincere and wants to help others.

MRL is really of high value if the restriction is taken away. Hence, it’s wrong to say MRL are low in value, not  marketable and useless. It’s a matter of perception spurned by the real estate industry. Whatever the government is doing, such as what ECERDC plans to do,  is actually lifting up the morale of  MRL owners and dispell the illussion created by greedy people. The issue of MRL is really long winded and deserve a few blog postings on its own.

News Courtesy of Utusan Malaysia Online.

Tabung majukan tanah rizab Melayu

KUANTAN 23 Feb. – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Negeri Pahang bersetuju menubuhkan tabung amanah hartanah untuk membangunkan tanah rizab Melayu di negeri ini.

Penubuhan tabung amanah itu merupakan satu daripada empat perkara yang dibincang dan dipersetujui Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) majlis itu yang bermesyuarat hari ini dengan dipengerusikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Adnan yang juga Pengerusi ICC berkata, penubuhan tabung amanah itu bagi memastikan tanah rizab Melayu di negeri ini dapat dibangunkan sekali gus memberikan pulangan maksimum kepada orang Melayu.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan berjumlah RM200 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menjayakan matlamat penubuhan tabung tersebut.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga akan mengenal pasti mekanisme tertentu untuk memajukan tanah rizab Melayu yang berpotensi.

“Ini termasuk mewujudkan mekanisme kerjasama dengan pihak swasta tanpa membatalkan status tanah rizab Melayu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan pejabat ECERDC negeri di Sri Kuantan Square di Jalan Teluk Sisek di sini.

Penubuhan pejabat itu bagi memantau projek-projek ECER di negeri ini, selain menyediakan maklumat berkenaan teras dan strategi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kepada penduduk tempatan.

Mengulas lanjut mengenai penubuhan tabung amanah hartanah itu, Adnan berkata, terdapat kira-kira 840 hektar tanah rizab Melayu yang dikenal pasti boleh dibangunkan di bawah ECER.

“Masalah tanah rizab Melayu ini ialah, kemudahan yang diberi oleh bank rendah. Biasanya pihak bank tidak memberikan penilaian yang sama kepada tanah rizab Melayu atas alasan tanah ini hanya boleh dijual beli di kalangan orang Melayu. Ia menyebabkan pihak bank tidak memberikan nilai yang tinggi,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s