Land for school

This was the 23rd of Febuary’s news. The Selangor government is going to give land for free probably or for a token premium on the land via land acquisition. The report also pointed out that the land could also be given via additional condition to be imposed to a developer if it want to develop an adjoining land to the school. Sure why not, but even at the rate we’re sharing things in Malaysia, some people still wants more.

News courtesy of Utusan Malaysia Online

Serah tanah kepada SKJC Sin Ming

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Kerajaan negeri Selangor akan menggunakan kuasa yang ada untuk mengambil tanah individu atau syarikat bagi pembesaran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Ming, Puchong dekat sini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan akan menyerahkan tanah tersebut kepada SJKC Sin Ming bagi kegunaan sekolah itu.

“Saya akan gunakan kuasa kerajaan negeri untuk ambil tanah dan beri kepada sekolah ini. Kerajaan negeri ada kuasa,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian bangunan baru SJKC Sin Ming di sini hari ini.

Bangunan baru itu dirasmikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Khalid mengulas rungutan pihak sekolah itu mengenai keengganan pemilik tanah bersebelahan menjual tanah untuk pembangunan SJKC Sin Ming

Katanya, beliau akan berunding dengan pemaju perumahan yang memiliki tanah seluas 400 hektar bersebelahan SJKC Sin Ming.

Tambah beliau, jika pemaju berkenaan merancang memajukan kawasan tersebut, tanah untuk sekolah tersebut perlu dikhaskan.

“Pemaju perlu mengkhaskan tanah untuk SJKC Sin Ming bukan saja bagi pembinaan dewan sekolah malah padang dan beberapa keperluan lain,” katanya.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan peruntukan RM50,000 kepada sekolah tersebut untuk pembinaan dewan baru.

Sementara itu menyentuhkan mengenai konsesi air di Selangor, Abdul Khalid menyalahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai punca Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Puncak Niaga menolak tawaran kerajaan negeri untuk mengambil alih aset air di negeri itu.

Abdul Khalid memberitahu, tindakan SPAN yang membuat tawaran sebelum tarikh akhir tawaran kerajaan negeri kepada syarikat konsesi tersebut menyebabkan mereka menolak perkara itu.

“Syarikat konsesi tahu mereka ada satu lagi tawaran iaitu dari SPAN. Sebab itu mereka tolak tawaran kerajaan negeri yang menawarkan bayaran pengambilalihan RM5.9 bilion,” katanya.

Beliau merujuk kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Teo Yen Hua bahawa Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah memulakan inisiatif mengambil alih aset air di Selangor daripada empat syarikat konsesi.

Bagaimanapun, Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail memberitahu, syarikat itu menolak tawaran kerajaan Selangor kerana ia melanggar undang-undang dan peruntukan perjanjian antara syarikat serta kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Abdul Khalid mengulangi kenyataannya sebelum ini yang menyokong SPAN mengambil alih aset air di Selangor tetapi dengan tiga syarat utama.

Katanya, syarat pertama ialah kos pengambilalihan air oleh SPAN daripada syarikat konsesi hendaklah lebih rendah dari tawaran kerajaan negeri.

“Syarat kedua, SPAN tidak boleh menaikkan harga air pada 31 Mac ini dan syarat ketiga memberi air percuma 20 meter padu kepada penduduk Selangor,” ujar beliau.

One response to “Land for school

  1. can’t say much… just wait & see only lor…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s