The Palestine Humanitarian Fund – More Updates

More rah rah and hooray for the fund and ultimately to our brothers in Islam in Palestine. Hurry, we still have time until the dateline of 7.3.2009. After that the fund will be handed over to Wisma Putra for disbursement in Palestine. Read an article from The Star at my former boss’s bloggie.

Sumbangan terus meningkat

KUALA LUMPUR: Sikap prihatin masyarakat Malaysia terhadap rakyat Palestin yang menghadapi kemelut kezaliman rejim Zionis diluahkan menerusi sumbangan ke Tabung NSTP Untuk Gaza kelolaan kumpulan The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP) menjadikan jumlahnya meningkat kepada RM8,968,504.80 semalam.

Antara penyumbang semalam adalah PTS Advertising Sdn Bhd yang menyerahkan RM5,000 selain PNA Niaga dengan sumbangan berjumlah RM2,152, manakala seorang individu, Suzilawati Paiman sebanyak RM2,152.65.

Di KUCHING, Markas 1 Divisyen Tentera Darat Malaysia (TDM) menyampaikan sumbangan berjumlah RM18,000 hasil kutipan dari pegawai dan anggotanya di seluruh kem di Sabah dan Sarawak.

Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mazelan Kasap, berkata sumbangan berkenaan adalah sebahagian dari program sambutan Ulang Tahun Ke-76 Tentera Darat yang jatuh pada 1 Mac depan.

“Sejumlah RM18,000 berjaya dikumpulkan dengan kami berharap ia sedikit sebanyak dapat digunakan bagi meringankan beban mangsa perang di Palestin,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada wakil NSTP, Venitia Samuel di sini, semalam.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan dengan menghantar sendiri ke Bahagian Kewangan NSTP, 31 Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur atau menerusi akaun Maybank 514105-320501 atas nama NSTP Fund For Gaza hingga 7 Mac ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s