Tepuknya berbalas

Pagi ini hujan renyai-renyai. Dingin aircond menggigit kulit aku. Jam baru menunjukkan 7.34 pagi. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam yang menjadikan hujan penyejuk dahaga makhluk-makhlukNya yang bertebaran di uar pejabat aku. Hujan di pagi hari kata orang tua-tua murah rezeki kita semua. Harap-harap begitulah.

Kebiasaan pagi ini aku membelek surat khabar versi online seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star. 2-3 minggu kebelakangan ini macam-macam ceritanya. Siapa yang menjenguk blog aku ni tahulah apa yang aku cakapkan ni. Waktu pada pagi ini pula agak lambat berlalu. Macam menunggu seseoranglah. Jenguhnya, lenguhnya dan peluhnya tak payah cerita. Azab sengsara menunggu orang atau khabar berita gembira hanya si empunya badan yang tahu selain Tuhan Semesta Alam.

UIAM macam biasalah sering bermain di benak pemikiran aku ni. Dalam keadaan kerja aku sekarang yang aku malas nak beri komen, kenangan bekerja di sana selalu menjadi igauan.  Yang manis ada, yang sedih pun ada. Menjadi adat dan lumrah hidup lidah tergigit. Tapi macam kopi dicampur dengan gula, sepahit mana pengalaman lepas di UIA (rasanya tiada pun), akan manis juga bila terkenang waktu gembira di sana. Biasalah kalau ada yang tersalah faham dan terguris hati. Yang penting carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Kata orang-orang dulu juga kalau ada yang merindui kita, gugurlah sehelai dua bulu mata kita. Entah ye entah tidak. Aku tak terperasan pun pagi-pagi ni. Yelah siapa pula nak rindu aku ni. Ramai sudah kawan-kawan yang terpaksa aku tinggalkan sebab kerja dan sebagainya. Seawal tahun 2003, aku dah mula tidak rapat dengan kawan-kawan sebatch di UIA disebabkan aku lewat satu tahun untuk menghabiskan pengajian aku di sana. Malu pun ye, sibuk dengan kelas pun ye. Kawan-kawan pun semua dah bekerja sepenuh masa.

Di pagi ini juga seperti lazimnya juga, meebo aku tetap online. Dari sini aku cuba dekatkan kawan-kawan aku yang dah lama aku tak jumpa. Canggih zaman sekarang. Begitu mudah nak berhubung dan mudah pula untuk putus hubungan ala SMS lafaz cerai. Tup tup keluar pula satu message online meebo dari bekas bos aku di UIA Puan Martinelli. Macam nilah gaya bicara kami :

08:57] Martinelli Hashim: Kami baru lepas bercerita pasal ikbal. Abg wari dok teringat bestnya kalau ada ikbal. Kak Liza pun tambah…..kami tengah bincang pasal filing & report sebenarnya…itu buat teringat kat ikbal
[08:59] eeqbalz: saya ingat saya sorang je rindukan org sdev
[08:59] eeqbalz: rupanya bertepuk tangan dua2 belah
[09:00] eeqbalz: puan, abg wari, kak liza sihat sumer?
[09:00] Martinelli Hashim: semua orang rindu kemeriahan zaman ikbal ada dulu
[09:01] eeqbalz: jgn lah sampai gitu.. tp puan kalau lah sy permanent kt sana, jadi a.a. pun kisah… asal seronok buat kerja
[09:01] Martinelli Hashim: semua sehat alhamdulillah
[09:01] eeqbalz: alhamdulillah
[09:01] eeqbalz: bagus la gitu
[09:01] Martinelli Hashim: kami dah nak start meeting..jumpa lagi
[09:01] eeqbalz: okies puan

Terharu betul aku pagi ni. Sejak kemerajukan aku keluar dari UIA pada 2.1.2006 dulu, rasa nak balik ke UIA memang menebal. Rasa menyesal pun ada. Tapi aku mesti yakinkan diri bahawa semua itu Ketentuan Allah Ta’ala. Memang pahit, memang perit dan memang jerih hidup kerja aku selepas UIA. Dari 3 tempat selepas UIA dan termasuk sekarang, tiada yang membahagiakan. Acapkali juga hati kecil aku berdetik ini mungkin sumpahan UIA. “Kau boleh bersama UIA tapi untuk keluar memang susah. Kalau dah keluar UIA pula jangan harap dapat masuk balik!”.  Hahaha… jadi khurafat pulak nanti. Semua itu kebetulan.

Apa-apa pun, tak sangka pula ada juga yang merasai ketiadaan kita. Sekecil mana pun, sebenarnya kehilangan kita ini pasti dirasai oleh seseorang jika tidak diratapi. Jika bukan manusia, aku yakin komputer Fujitsu di STAD itu rasa agak kekok kerana tidak lagi menemani aku tidur di pejabat setiap malam. Lagu-lagu Rock Kapak zaman 80’an tidak lagi berkumandang dari speaker murahan. Aku pasti juga hantu-hantu di STAD yang sudah biasa dengan kehadiran aku juga dah tiada siapa untuk diganggu lagi. Walaupun bukanlah jauh sangat Kajang dan Gombak tu tapi masa selalu tak mengizinkan aku menjenguk sekurang-kurangnya bertanya khabar dengan bangunan-bangunan di sana.

Tapi lepas perbualan ringkas tu, aku rasa sejuk juga hati, terubat sedikit rindu kat UIA bila bekas bos-bos aku di UIA masih lagi ingatkan aku;

yang hanyalah seorang kerani sambilan;

yang selalu bersama komputer Fujitsu usang ;

yang lusuh berpakaian dan berselerak mejanya;

yang tetap senyum gembira berkerjaya di sana.

Terima kasih http://www.meebo.com. Aku kini tahu, aku tidak pernah bertepuk sebelah tangan.

uiam1Tersergam Indah : Kepada Puan Martinelli, Abang Wari, Kak Liza dan UIAM, ada rezeki kita jumpa lagi!

3 responses to “Tepuknya berbalas

  1. i guess things sometime never come out like the way we wanted or expected.. God will, everything will go our way.. All we need is patience and will.. .God speed brother..!

  2. membacai tulisan eeqball bak baca karangan lama ya…

    • hehehe biasa la, saya ni biasa2 tulis dalam English… mmg kekok sekali tulis dalam Bahasa Melayu. Sebab inilah saya kena rajin tulis dalam Bahasa Melayu supaya x lupa daratan dan sentiasa menjunjung langit di mana saja bumi dipijak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s