The Palestinean Fund – Updates 3

Donating something that is most precious to us is the true test of a Muslim. It’s always easy to give away things we don’t already have a need for it. In all certainty, such things are scheduled for a trip to the garbage dump anyway. It doesn’t have to be an RM50 note or a big mock cheque. At the end of the day, it’s between you and Allah alone. It’s always been that.

Peneroka sumbang RM142,260

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM142,260.59 bagi pihak peneroka Felda kepada Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap).

Sumbangan untuk tabung anjuran Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM) itu adalah hasil kutipan daripada 112,635 keluarga peneroka dari 317 tanah rancangan itu di seluruh negara.

Beliau menyerahkan sumbangan itu kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin di bangunan Parlimen di sini.

Majlis itu diadakan sebelum mesyuarat pengurusan tertinggi Felda yang dipengerusikan oleh Najib.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek; Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor; Pengarah Besar Felda, Datuk Ahmad Tarmizi Alias dan Pengarang Kanan Suplemen Utusan Malaysia, Ariffin Nordin.

Dalam pada itu, Mohd. Yusof berkata, sumbangan berkenaan adalah tambahan kepada derma Felda sebanyak RM100,000 kepada Tabung NSTP Untuk Gaza pada Januari lalu.

Beliau berkata, lembaga itu juga telah menyumbang RM10,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin anjuran Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

Menurut Mohd. Yusof, sumbangan berkenaan bagi menunjukkan rasa keprihatinan warga Felda terhadap kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat Palestin di Gaza.

“Kita berharap sumbangan ini digunakan sepenuhnya untuk membantu membangunkan kembali Gaza dan meringankan penderitaan rakyat Palestin yang terlibat,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s