Saddest news in this part of the world

Dear WordPress,

The usual morning ‘ritual’ at my office in the wee hours is to turn on my Pensonic portable television. I bought it last year at around RM100 +/-. It’s an OK setup with clear pictures and sound. However, it once and awhile do act up and thus I have problems with the volume control. As I was watching (or hearing since I was also surfing the net simultaneously) Malaysia Hari Ini, one of my favourite host, Mr. Ahmad Fitri Yahya read aloud selected news clippings from today various newspapers.

Faintly at first, I dropped what I was doing online when I heard he read out a piece of news that reported a 70-year old mom was left running for a car apparently driven by her son. The 40-year old piece of meat called a son left her mom at a Old Folks and Psychiatric Care in Johor. The drama began when the b*stard came to the home to tell his mom that he wouldn’t be able to take her back for Raya since no one is available to take care of her.

Probably mom was already tired and too fragile to hear what the bugger said, on seeing her son, she dashed to pack up her clothes in a batik cloth. Unbeknown to all, the son slipped out of the home. By then the poor mom had already realised the car was moving away. She run as far as 20 meters trying to catch up with her son but the idiot person kept on driving away. Poor mom she was obviously devastated (who wouldn’t?) and she was depressed a few days afterwards. The staffs at the nursing home tried their best to cheer her up but nothing in this world would brighten this saint of a woman than to spend the Raya with her son and grandchildren especially after being left in the home for 2 consecutive Rayas.

Sigh! The next sad news is regarding a motorcyclist who had a brushed with a lorry. He fell down hard on the road. Later on as help arrived, he tried to get up but was in absolute pain and couldn’t do so. He then screamed after being told by the police that part of his legs were totally smashed up and rendered useless. The driver of the lorry is nowhere to be found and probably didn’t even feel a bump when he rolled over the poor guy’s legs!

Read the news articles taken from respective online news portal :-

Harian Metro

Buang ibu di Aidilfitri

Oleh Mary Victoria Dass

maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini.

Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka.

Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.

Buang ibu di Aidilfitri

Oleh Mary Victoria Dass – maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya. Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah. Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini. Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri. Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui. Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai. “Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa. “Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan. “Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.  Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak. Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung. “Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini. Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka. Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan. “Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.

Raungan pilu

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin – rudy@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang penunggang motosikal yang cuba bangun selepas terjatuh dari motosikalnya sejurus bergesel dengan sebuah lori, meraung sekuat hati apabila menyedari kedua-dua kakinya hancur digilis tayar kenderaan berat itu. Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang semalam di Kilometer 9, Jalan Skudai menghala pusat bandar berdekatan pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Bandar Baru Uda di sini, mangsa dikenali sebagai Arief Ftri berusia awal 30-an, meraung menahan kesakitan akibat parah pada kedua-dua kakinya selain sedih kerana kudung.

mainpix

Sebelum itu, mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan berat dipercayai lori dari arah sama menyebabkan dia terjatuh sebelum kedua-dua kakinya digilis tayar belakang kenderaan berkenaan. Dalam keadaan menyeksakan itu, Arief cuba ditenang beberapa pengguna jalan raya sementara menunggu ketibaan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menghantarnya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

Jurucakap polis trafik ketika dihubungi berkata, sehingga petang semalam, pihaknya belum menerima laporan daripada pemandu lori berkenaan berhubung kejadian itu. Katanya, jika dalam tempoh 24 jam pemandu berkenaan gagal tampil membuat laporan polis, kejadian itu akan disiasat mengikut kes langgar lari. Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mengenal pasti nombor pendaftaran lori yang dipercayai menggilis kaki mangsa diminta memberikan kerjasama dengan menghubungi hotline polis 07- 2212999.

For today’s update on this poor fellow, here’s the link.

2 responses to “Saddest news in this part of the world

  1. Dunno what else to say..

    In the midst of hari raya, there are still idiots with no brains and heart out there.. Thinking with out a heart makes one a monkey!! how could u do such a thing to someone who has raised and given u all the love in the world.

    I have pity for both the mom & biker as this year’s raya wun be as meaningful. Will definitely miss something that makes it all worth the wait. FYI, Jalan Skudai is known for its bikers’ fatality coz all types of vehicle from petit to huge use it daily. Speed wise, well u know how Malaysian drive..

  2. Yeah bronk,

    Really pissed me off from the morning till now. I really wish I could see the SOB and shove some wooden stick where the sun don’t shine! May Allah have mercy on all our mamas out there and may His Wrath be felt by all ungrateful sons everywhere!

    The biker’s accident is terrible bronk! I was just about to go to JB tomorrow morning like 3am on my bike since I have to attend a meeting but without the usual ‘kelulusan’ and hence no flight or driver. But after reading that, I think I give it a miss.

    Thanks for the comments.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s