Ia datang lagi… panggilan Haji 1430H!

[picapp src=”d/1/0/8/9c.JPG?adImageId=5750274&imageId=2906438″ width=”500″ height=”333″ /]
MATLAMAT : Memenuhi Panggilan Haji

Tuan WordPress,

Sedar tak sedar ia datang lagi… panggilan untuk mengerjakan ibadah Haji tahun 1430 Hijrah. Mengikut hukum, haji boleh dikerjakan bermula 1 Syawwal sehingglah sebelum fajar 10 Zulhijjah menyinsing tiba. Ini bermakna seseorang bakal haji hendaklah selewat-lewatnya berniat ihram haji DAN wuquf di ‘arofah pada 9 Zulhijjah. Ini pemahaman saya yang sangat jahil, maklum sahaja feqahnya berterabur kursus haji pun belum pergi apatah lagi menunaikan haji.

Sambutan ‘Eidul Adha di Malaysia sangatlah ‘dingin’ sekiranya dibandingkan dengan ‘Eidul Fitr. Malahan, bahang kemeriahan Hari Raya Puasa telah pun mula dirasai 3-4 hari sebelum Ramadhan tiba (ini boleh dilihat melalui siaran iklan jualan murah dan makanan di television). Pun begitu, bagi tetamu-tetamu Allah yang telah dipilih untuk menunaikan rukun Islam kelima ini, musim haji sangat-sangat dinantikan dan mereka bakal beraya di tanah suci Mekah.

Inilah yang saya saksikan 2 minggu yang lalu apabila saya ke cawangan Tabung Haji di Kajang untuk menambah simpanan. Saya terlepas pandang dengan tarikh musim haji tahun lantaran itu usaha saya pada hari tersebut menemui jalan buntu apabila bakal-bakal haji memenuhi ruang pejabat sehinggalah ke kaki lima TH! Rupanya inilah masanya para bakal haji yang terpilih berurusan dengan TH terutamanya dari segi pengesahan ke Mekah. Walaupun agak kecewa kerana tidak dapat menyelesaikan urusan saya dengan TH tetapi wajah-wajah mereka yang tampak ceria mengingatkan saya bahawa sebagai tetamu Allah, mereka layak didahulukan dan diutamakan.

Oleh kerana jam pun telah menunjukkan pukul 12.00 tengahari dan perut saya mula mendendangkan irama keroncong kelaparan, sebuah restoran di hadapan TH saya singgah untuk makan tengahari. Sudah lama saya tidak makan ikan keli goreng, bergedel dan tempe goreng berserta sirap limau ais. Alhamdulillah sedap sangat! Menurut TH, giliran saya ke tanah suci adalah pada 2023 iaitu 15 tahun dari 2008, tahun saya membuka akaun simpanan dan booking haji. Kalau panjang umur, pada ketika itu saya akan berumur 45 tahun. Harap-harap sihat walafiat dan kuat lagi kudrat menempuh dugaan di Tanah Suci yang memang unik dan berlainan bagi setiap orang.

[picapp src=”f/d/f/f/3d.JPG?adImageId=5748703&imageId=3148498″ width=”500″ height=”333″ /]
JABAL AN-NUR : Satu Hari Saya Juga Akan Berdiri Di Sini

Sambil menghirup sirap limau ais, saya terfikir juga kenapakah rukun Islam kelima ini dilihat semacam sebagai trend dalam menunaikannya. Apakah yang dimaksudkan sebagai trend? Maksud saya ialah haji ini dilihat perlu dikerjakan tatkala usia telah menjangkau separuh abad ke atas. Itupun kalau terpanggil dan disedarkan untuk berdaftar dengan TH dan mendapatkan giliran. Kalau ada kemampuan, boleh juga menggunakan perkhidmatan ‘private’. Seperti umrah, ada di kalangan umat Islam Malaysia yang menjadikan ia sebagai satu stunt atau gimik. Hanya setelah diri dihimpit musibah barulah sibuk hendak mengerjakan umrah dan haji. Lazimnya ini dapat dilihat di kalangan para artis dan politikus tanahair. Ya memang saya akui, haji dan umrah ini merupakan recharging facility kepada hamba-hambaNya yang telah tandus tenaga dan ikhtiar dalam menempuh dugaan hidup.

Namun yang menjadi serba serbi hairan bin ajaib ialah sekembalinya ke Malaysia, selain mengenakan tudung (ada yang hanya menutup ala kadar rambutnya sebagai satu fesyen ikutan), tiada yang berubah. Di antara tanda-tanda ibadah haji diterima Allah (haji mabrur) ialah diri kita semakin tunduk dan takut kepada Allah dan bukan sebaliknya. Apakah haji dan umrah ini ibadah sampingan dan picisan sahaja? Mungkin menyelesaikan kerja secara last minute sebati dengan hidup orang Melayu (seperti saya juga!) namun janganlah rukun Islam itu juga turut dijatuhkan priority ranking nya sebaris dengan persediaan menghadapi peperiksaan.

Hakikat orang Islam bekerja di dunia ini hanyalah untuk mengumpulkan kekuatan dan sumber bagi melaksanakan perintah Allah. Janganlah apabila baru hendak pencen dan sudah menghidap pelbagai sakit orang moden, barulah terdetik hati hendak ke tanah suci. Gunakanlah kemampuan yang ada untuk menyimpan sebanyak yang mungkin bagi melayakkan diri menunaikan haji. Saya secara peribadi merasakan sangat rugi kerana tidak dapat menunaikan haji sebelum umur 35. Hidup yang penuh pancaroba ini sebenarnya memerlukan satu kekuatan yang memasakkan iman dan jati diri masing-masing di landasan yang lurus lagi terpuji. Kekuatan dalaman ini hanyalah boleh diperoleh dari mengerjakan amalan-amalan yang utama seperti haji dan qiyamullail. Tanpa kekuatan ini, hidup ini merupakan mimpi yang melalai dan melekakan sehinggalah tiba masanya dikejutkan oleh ‘Izrail dan realiti maut.

Itulah hakikat dan sebab musabab kita bertungkus-lumus menyempurnakan rukun-rukun Islam dan bukannya menjadikannya sebagai sesuatu yang trendy and fashionable. Tidak semua yang dipaparkan oleh golongan bangsawan dan glamerwan layak dikatakan trendy and fashionable bahkan kebanyakkannya adalah deplorable, disdainful and in totality an absolute abomination! Mengikut laman web Mufti Melaka, mereka yang berada di tahap WAJIB mengerjakan haji ialah;

“Orang yang wajib mengerjakan haji dan umrah ialah orang mukallaf yang berkemampuan iaitu ada perbelanjaan untuk dirinya dan orang yang ditanggungnya sama ada yang pergi bersamanya atau yang ditinggalkan, sihat badan, ada kenderaan, aman perjalanan dan tidak suntuk masa. Orang perempuan perlu ada mahram atau pergi dalam kumpulan ramai wanita. Yang bersuami perlu keizinan suami. Orang yang berhutang yang perlu dibayar pada masa ia hendak pergi perlu membayar hutangnya. Kalau hutangnya bertangguh perlu ada penjamin atau mendapat izin dari yang punya hutang

Daripada penjelasan di atas dapat kita simpulkan bahawa haji ini akan jatuh wajib bagi setiap mukallaf bila mana ia cukup mampu dari segi kewangan selain daripada memenuhi syarat-syarat lain (seperti yang diringkaskan di sini). Ringkasnya kebanyakkan di antara kita berada di dalam kategori tidak wajib kerana faktor kewangan. Namun begitu, perlu diingat bahawa memandangkan ia merupakan salah satu rukun Islam (rukun bermakna tanpanya yang lainnya tidak dikira), maka WAJIBLAH ke atas kita untuk berusaha membuat persediaan sewajarnya termasuk menjaga kesihatan dan mengumpul sumber kewangan. Sayugialah kita mengingati akan hakikat ini kerana sebagai mukallaf (orang yang telah dan akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap perlakuannya), kita bakal disoal tentang usaha-usaha kita ke arah penyempurnaan tanggungjawab masing-masing.

Semestinya lambaian panggilan haji akan sentiasa muncul setiap tahun, cuma persoalannya sempatkah kita menyahutnya? Salam ‘Eidul Adha 1430 Hijrah.

[picapp src=”a/e/d/e/Pilgrimage_Site_67e0.jpg?adImageId=5749509&imageId=3615713″ width=”478″ height=”594″ /]
KAABAH : Gambar Yang Diambil Pada 1.3.1933

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s