New Commodity Called Friends – Final

Tuan WordPress,

Seperti mana yang telah saya paparkan sedikit ulasan dan pengalaman saya berhadapan dengan senario masyarakat Melayu Islam Malaysia dan kegilaan mereka terhadap wang mudah (easy money), saya akan menutup isu ini once and for all. Namun sebelum itu, molek juga saya huraikan kenapa saya begitu bersikap hyper sceptical dan anti terhadap golongan ini.

Pertamanya, hendaklah kita semua sedar akan kedudukan kita di dunia ini (khalifatullah) dan matlamat hidup ini (menuju kejayaan dunia dan akhirat). Bukanlah saya ingin uar-uarkan bahawa penulis merupakan golongan yang confirmed an-naajihiin wal faaizin (orang-orang berjaya). Kerana pengakhiran hidup ini tiadalah siapa yang tahu melainkan Dia yang Maha Esa. Moga-moga kita semua tergolong dalam orang-orang yang menemui husnul khaatimah (kesudahan yang baik).

Pun begitu, hanya dengan harapan dan doa sahaja, husnul khaatimah bukanlah sesuatu yang mudah dicapai tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Jangan hanya bernama dan berbinkan orang Islam, berpakaian seperti orang Islam dan bercakap ala orang Islam, kita sudah pasti terus masuk ke syurga sekiranya masih lagi meneruskan perkara-perkara yang dilarang. Realitinya sesukar manapun hidup di dunia ini, tiada ia setara dengan keadaan masing-masing di Padang Mahsyar kelak.

Kedua, sebagai khalifatullah atau pentadbir dunia ini, hendaklah kita menunaikan beberapa tuntutan fardhu ‘ain kita memakmurkan bumi Allah ini dengan menyebarkan syiar Islam. Untuk berbuat sedemikian, pastinya memerlukan antara lain kekuatan dan keutuhan ekonomi ummah. Kekuatan ini memerlukan usaha keras menguasai aktiviti-aktiviti ekonomi at the micro and macro levels dengan pengaplikasian undang-undang Syariah.

Seperti mana yang dilaungkan oleh orang Islam semasa dua Hari Raya besar di Malaysia ini iaitu takbir hari raya, hendaklah kita meneruskan jihad menegakkan syiar Islam walaupun dibenci oleh orang kafir (walau karihal kafiruun) kerana kebencian mereka tidak sama sekali menjadi kayu pengukur (benchmark) kepada kewarasan tindakan kita. Hanya Al-Quran dan As-Sunnah sahaja rujukan dan imbasan kewajaran tindakan orang Islam dalam setiap perkara dan bukannya shallow acknowledgement and pointless affirmation orang kafir terhadap apa yang kita buat dan perlu buat.

Ketiga, sebagai manusia tidaklah dapat kita lari dari naluri dan perasaan insan biasa. Kekayaan, wang ringgit dan harta benda merupakan sesuatu yang universally desirable bagi setiap orang yang bernama manusia. Malahan dalam Islam juga menjadi kaya tidak dilarang malahan digalakkan kerana dua sebab di atas. Paling penting, dengan kekayaan juga orang Islam dapat membantu mereka yang dalam kesusahan selain menyenangkan diri sendiri menunaikan ibadah dan tanggungjawab fardhu ‘ain masing-masing.

Berdasarkan tiga sebab di atas inilah yang membuatkan saya terlalu mual dan loya terhadap sikap dangkal dan cetek masyarakat saya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam ini. Kerakusan mengejar kemewahan dunia (yang sebenarnya tidaklah mewah mana pun dan tidak bertahan lama) mudah sekali mengaburi panggilan Illahi terhadap penyempurnaan amanah kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara. Hanya kerana orang lain kelihatan kaya raya, kita juga ingin seperti mereka. Namun anehnya tidak pula golongan ini mahu melalui perit jerih dan liku-liku untuk kaya seperti orang lain. Perasaan jijik ini turut disemarakkan dengan penglibatan mereka yang berkopiah / bersongkok / bertudung labuh dan menggelarkan diri mereka Ustaz / Ustazah sambil membimbit hina segulungan ijazah ilmu-ilmu agama.

Apakah begitu hebat dan utama sekali mengejar wang ringgit sehinggakan agama itu menjadi barang jajaan? Yang hairan dan lebih ajaib lagi, golongan yang apparently inclined towards Islam lah merupakan pelopor kepada skim-skim cepat kaya, MLM dan pyramid ini. Maka berbondong-bondonglah orang Melayu memasuki skim ini ibarat orang jahilliyyah melihat latta dan uzza kerana adanya orang-orang ‘agama’ ini. Di manakah maruah, jati diri dan iman bangsaku ini? Adakah sesuatu itu boleh wujud dengan sendirinya tanpa ada sebarang usaha yang jitu? Bolehkah kemandiriaan sesuatu ‘program’ itu dijamin sekiranya ia tidak melibatkan sebarang perniagaan?

Fikirkanlah wahai orang-orang yang beriman. Sedangkan jalan-jalan mudah ke syurga yang jelas, telahpun Tuhan gariskan tidak pula kau kejar, inikan pula sesuatu yang pasti gagal akhirnya, kau rebut-rebutkan. Dan yang paling menyedihkan ialah penglibatan sebilangan mereka yang bergelar penjawat awam. Bukankah kerajaan membayar kamu pencen selain memberikan pelbagai kemudahan lain? Bukankah negara sekarang dilanda kemerosotan ekonomi dan penjawat awam sepatutnya lebih terasa peritnya kerana tugas yang berat untuk memulihkan ekonomi negara? Bukankah ramai orang di luar sana mengharapkan penjawat awam membaiki senario ekonomi Malaysia? Seolah-olah kemerosotan ekonomi negara tiada langsung ada kaitan dengan golongan penjawat awam ini!

Saya siarkan lagi petikan Yahoo Messenger saya dengan salah seorang ponzi schemer ini untuk menutup bicara kali ini.

Ponzi (6/12/2009 8:31:23 AM): salam

eeqbal (6/12/2009 8:31:31 AM): salam

Ponzi (6/12/2009 8:32:00 AM): dh bfast ker

eeqbal (6/12/2009 8:32:10 AM): tgh

Ponzi (6/12/2009 8:32:25 AM): makan ape tu

eeqbal (6/12/2009 8:32:39 AM): minum je

Ponzi (6/12/2009 8:33:31 AM): oo.. yer ker..

eeqbal (6/12/2009 8:33:36 AM): yup

Ponzi (6/12/2009 8:33:55 AM): ape program ari nie

eeqbal (6/12/2009 8:34:08 AM): wat keje sikit. pastu rehat la

Ponzi (6/12/2009 8:34:56 AM): esok mlm free tak

eeqbal (6/12/2009 8:35:11 AM): esk dh hari bekerja

Ponzi (6/12/2009 8:35:29 AM): maksudnya lepas sembhyng magrib

eeqbal (6/12/2009 8:35:38 AM): tau

Ponzi (6/12/2009 8:36:51 AM): kata nk tengok program tu

eeqbal (6/12/2009 8:37:05 AM): mmg la. tp kalau bz susah sikit lah

Ponzi (6/12/2009 8:37:54 AM): bukannya ape just tengok je dulu..

eeqbal (6/12/2009 8:38:12 AM): kalau bg penerangan kt sini x leh ke. apa yg nk ditengoknya

Ponzi (6/12/2009 8:38:30 AM): coz dia kena terangkan on paper

eeqbal (6/12/2009 8:38:59 AM): smbl2 tunjuk bukti ye. Hmmm. prog ni nk wat kt ner nih

Ponzi (6/12/2009 8:44:45 AM): dh pernah tengok ker

eeqbal (6/12/2009 8:44:56 AM): tgk apa

Ponzi (6/12/2009 8:45:19 AM): ye la akak tanya kok2 pernh tengok

eeqbal (6/12/2009 8:45:42 AM): x tau la. ni prog apa pon x tau

Ponzi (6/12/2009 8:46:31 AM): bukannya ape cari duit wat part time jer. akan dpt pun lebih drp duit gaji . ok tak. bukannyanya susah

eeqbal (6/12/2009 8:47:12 AM): oooo

Ponzi (6/12/2009 8:47:54 AM): tu klu berminat.. nk tengok dulu

eeqbal (6/12/2009 8:48:02 AM): sy pon ada msk prog. letak sikit duit. dia laburkan. tp yg besnya, dia byrkan zakat. halal dan toyyiban. ini pon sama gak ke. cukai pendapatan tp kena byr sendiri la

Ponzi (6/12/2009 8:49:16 AM): x sama kot

eeqbal (6/12/2009 8:49:21 AM): oh

Ponzi (6/12/2009 8:49:30 AM): ni bukan laburkan tu maknanya investment. duduk diam2 dpt duit

eeqbal (6/12/2009 8:49:59 AM): ni pon sama la. sy dok je

Ponzi (6/12/2009 8:50:27 AM): klu dok jer dia tak lh tahan lama

eeqbal (6/12/2009 8:50:44 AM): yg penting halal ke

Ponzi (6/12/2009 8:50:50 AM): dalam islam mana lh labur pas tu duduk diam2 dpt duit

eeqbal (6/12/2009 8:50:55 AM): oooo. mcm tu ye

Ponzi (6/12/2009 8:51:02 AM): kena wat kerja. banyak dh laburkan

eeqbal (6/12/2009 8:51:44 AM): sy dok diam je. sykt yg laburkan. halal dan berzakat lg

Ponzi (6/12/2009 8:52:19 AM): biasanya tu tak lh tahan lama

eeqbal (6/12/2009 8:52:23 AM): oooo. ini pon halal gak ke’

Ponzi (6/12/2009 8:52:58 AM): dlm islam mana lh wat invesment <— “Hayya alal bai’uddiin” Marilah kita menjual agama!

eeqbal (6/12/2009 8:53:05 AM): oooo

Ponzi (6/12/2009 8:53:06 AM): macm skim kaya jer

eeqbal (6/12/2009 8:53:38 AM): x tau plak ye

Ponzi (6/12/2009 8:53:39 AM): tp x pe yg akak ni cuba adik tengok jer dulu bukan nak terus masuk

eeqbal (6/12/2009 8:53:52 AM): ni prog ni mesti ada panel syariah dia ye. kalu x mesti x halal punya. skang ni mcm2

Ponzi (6/12/2009 8:54:19 AM): kt sini ada ustaz yazid lagi <—-“Hayya alal bai’uddiin” Marilah kita menjual agama!

eeqbal (6/12/2009 8:54:23 AM): oooo. sapa plak tu. yg sy kenal ustaz zaharuddin. yazid ni sapa

Ponzi (6/12/2009 8:54:59 AM): oo tu akan x kenal

eeqbal (6/12/2009 8:55:31 AM): pendek kata prog ni halal la ye?

Ponzi (6/12/2009 8:56:06 AM): mesti halal la kita tengok dulu just buka minda n buka hati..

eeqbal (6/12/2009 8:56:13 AM): oooo

Ponzi (6/12/2009 8:56:23 AM): akak dulu pun tengok dulu

eeqbal (6/12/2009 8:56:26 AM): ooo. sbb sykt sy laburkan ni ada panel syariah dan bank negara lulus. x tau plak islam x kasi investment  dan x akan tahan lama

Ponzi (6/12/2009 8:57:55 AM): ni pn bank negara luluskan jugak

eeqbal (6/12/2009 8:58:00 AM): oooo. bagus la. apa nama prog ni. apa kerja yg kena kita wat. betul ke islam x kasi kita wat investment? kalu betul sy kena kuarkan duit sy dlm prog sy tu, ada la dlm rm20k sbb dh lama kan

eeqbal (6/12/2009 9:09:51 AM): anybody home? senyap je ada x ni

Ponzi (6/12/2009 9:42:55 AM): sorry, nk keluar jap. bye.. <— sungguh bersopan orang Melayu Islam ini… dulu baru kenal 3 hari, siap beramah mesra lagi. Bila pujukan masuk skim cepat kaya tidak dilayan, adat dan adab Melayu dibuang jauh pula…

eeqbal (6/12/2009 9:43:05 AM): ok

Sekiranya ada yang terasa saya mohon maaf. Silalah lemparkan pandangan dan komen ada sekiranya mahu. Insya Allah tersiar selagi mana ia tidak melanggar batas-batas agama dan undang-undang.

2 responses to “New Commodity Called Friends – Final

  1. Pingback: Twitted by tuanwujian

  2. aku pun tak percaya benda2 macam..mcm mana boleh dapat keuntungan yang byk kalau tak bekerja sama byk..
    janganlah percaya..
    lgpun sorang pun tak nmpka ‘kaya’ lagi.. ada produk-produk mcm ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s